Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Harumanis Di Perlis
Mangga Harumanis Perlis Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah didaftarkan sebagai Harta Intelek sejak 2 Ogos 2011 lagi. Kualiti,Reputasi atau Ciri Lain Mangga Harumanis Perlis merupakan klon mangga MA 128 dan merupakan antara baka mangga terbaik di Malaysia.Mangga Harumanis Perlis mendapat namanya daripada aromanya yang harum dan rasanya yang manis.Mangga harumanis memerlukan musim kemarau iaitu dari Januari hingga Mac untuk berbunga(Stress Period).Musim Mangga Harumanis Perlis adalah singkat iaitu hanya sebulan atau sebulan setengah dalam setahun.
Faktor ini membuatkan Mangga Harumanis Perlis berbeza dengan mangga lain kerana pengeluaran dan pasaran mangga harumanis adalah sangat terhad. Pokok Mangga Harumanis Perlis mendapat panjagaan yang rapi dan dikawal selia oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis bagi menjaga kualiti buahnya . Jabatan Pertanian telah memperkenalkan pembalut khas yang mempunyai lapisan dalam gelap,dihujungnya pula tersedia dengan dawai bagi memudahkan petani mengikat tangkai buah selepas dibalut dan memberikan hasil mangga harumanis yang cukup memuaskan iaitu bersih dan segar.
Sepohon Mangga Harumanis Perlis boleh menghasilkan antara 200 hingga300 biji buah mangga harumanis akan digredkan mengikut berat menggunakan mesin penggred kemudian dibasuh dan menjalani rawatan air panas bagi mengelak jangkitan kulat.Setelah kering ,buah mangga harumanis diperam selama 72 jam dan hanya selepas itu,buah mangga harumanis akan digred. Mangga Harumanis Perlis adalah unik kerana ianya akan mengeluarkan aroma yang harum apabila masak dan isinya berwarna oren kekuningan.Lazimnya Mangga Harumanis Perlis enak dimakan begitu sahaja tetapi boleh juga dimakan bersama pulut dan dijadikan jus untuk minuman istimewa. Dengan keistimewaan tersendiri dan kualiti yang baik ,Mangga Harumanis Perlis telah berjaya mendapat permintaan tinggi di kalangan rakyat Malaysia dan menembusi Pasaran Jepun.
Kampung stay di Ujung Bukit, Kangar, Perlis
Mencari tempat penginapan bukannya suatu masalah bagi pelancong atau pengembara yang menjejakkan kaki di negara kita. Ini kerana terdapat pelbagai jenis kediaman seperti hotel, calet dan resort disediakan untuk mereka. Tidak kira bertaraf lima bintang atau berstatus bajet, kediaman yang ditawarkan mengambil kira kesesuaian dan kemampuan seseorang, sama ada di tengah bandar atau di pinggir desa yang lebih berbentuk penginapan inap desa (homestay).
Bagaimanapun, bagi mendapatkan suasana kampung yang sebenar, inap desa atau calet kini menjadi pilihan, apatah lagi menerusi tawaran pakej tertentu dengan harga yang cukup berpatutan. Begitu juga dengan calet Kampungstay di Ujung Bukit, Kangar, Perlis. Ia bukan sahaja menyediakan pelbagai keistimewaan kepada pengunjung, malah mempunyai keunikan tersendiri. Apa yang menarik di Kampungstay Ujung Bukit adalah sebanyak 20 buah calet di bawah penyeliaan Persatuan Pengusaha Homestay dan Inap Desa Kampung Ujung Bukit dibina di kaki bukit batu kapur, sekali gus menjanjikan percutian luar biasa bagi pengunjung, selain tenang dan damai.
Naib pengerusi persatuan tersebut, Saad Ghazali memberitahu, kesemua calet milik ahli persatuan berkenaan dimiliki oleh penduduk Kampung Ujung Bukit dan dilengkapi dengan kemudahan kantin, surau, dewan dan pentas untuk kegunaan majlis tertentu. Menurutnya, calet Kampungstay tersebut menawarkan tiga jenis penginapan iaitu satu bilik, dua bilik dan empat bilik untuk pengunjung sewa mengikut kadar berbeza.
Tel : 012-4252491
Address: Homestay Kampung Ujung Bukit, Jawatankuasa Kemajuan Kampung, Kampung Ujung Bukit, Bintong, 01000 Perlis
Padi
Sawah padi merupakan pendapatan utama penduduk kampung sekitar. Hampir 80 peratus penduduk di sini mengerjakan petak-petak sawah yang mereka miliki. Sebanyak 60 peratus kawasan kampung digunakan untuk kegiatan pertanian manakala 40 peratus digunakan untuk penempatan dan lain-lain. Kebanyakan penduduk yang melibatkan diri dalam pertanian ini adalah golongan tua dan juga golongan dewasa.
Pengusaha Homestay My Kampung Beseri Perlis
Puan Wan Maznah Binti Megat Putih merupakan Usahawan Tempatan yang mengusahakan perniagaan rumah tumpangan atau Homestay. Homestay beliau terletak di 207, KM 11, Jalan Kaki Bukit, 02400, Beseri, Perlis. Homestay telah beroperasi dari tahun 2008. Pada dahulunya perniagaan beliau dijalankan secara kecik-kecilan sahaja tetapi sekarang perniagaan Homestay beliau sudah dikenali oleh masyarakat setempat dan luar negeri Perlis. Untuk sebarang tempahan, beliau boleh di hubungi di talian 012-536 6997.
Pengusaha Think Q Café
Puan Qairah Nur Izyan Bt Annuar merupakan pemilik dan pengusaha Restoran Think Q Café. Beliau memulakan perniagaan beliau pada Februari 2017. Think Q Café terletak di Jalan Raja Muda, Kampung Bintong, 01000 Kangar, Perlis. Beroperasi pada setiap Rabu hingga Isnin dari jam 6 petang hingga 11 malam. Terdapat pelbagai jenis makanan yang ada di Think Q Café. Untuk sebarang makluman & tempahan, beliau boleh di hubungi di talian 0124727861.
Pengusaha Ebias Food
Puan Norlela Bt Yahya merupakan pemilik dan pengusaha Ebias Food iaitu kuih-muih tradisional. Beliau memulakan perniagaan sejak tahu 1999. Ebias Food terletak di No 45, Jalan Haji Osman, Kampung Repoh 01000 Kangar, Perlis. Terdapat pelbagai jenis kuih-muih tradisional yang ada di Ebias Food seperti kuih Peneram dan Maruku. Untuk sebarang makluman & tempahan, beliau boleh di hubungi di talian 0125714767.
Pengusaha Kambing
Penternakan kambing yang di usahakan oleh Muhamad Ikram semakin mendapat sambutan tidak hanya dari penduduk setempat, tetapi juga dari kawasan sekitar. Dalam kawasan kecil, beliau membina kandang untuk kambing-kambing yang di pelihara ini membesar dengan sihat. Tambahan pula beliau hanya menggunakan makanan organic untuk kambing-kambing yang di ternak ini. Untuk sebarang tempahan, beliau boleh di hubungi di talian 0182904875.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Puan Khanisah Bt Zainol merupakan pemilik dan pengusaha kraftangan. Beliau memulakan perniagaan beliau pada 2011. Bengkel Kraftangan Puan Khanisah terletak di Kuala Perlis, Perlis. Beroperasi pada setiap hari kecuali cuti umum. Terdapat pelbagai jenis kraftangan yang dihasilkan oleh Puan Khanisah. Untuk sebarang makluman & tempahan, beliau boleh di hubungi di talian 0135230773
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Puan Izfah Hanim Bt Abdullah merupakan pemilik dan pengusaha Liznim Kraf Ent. Beliau memulakan perniagaan beliau pada 2007. Bengkel Liznim Kraf terletak di Taman Bukit Kaya, 01000 Kangar, Perlis. Beroperasi pada setiap hari kecuali cuti umum. Terdapat pelbagai jenis kraftangan yang dihasilkan di Bengkel Liznim Kraf. Untuk sebarang makluman & tempahan, beliau boleh di hubungi di talian 0125685941.
Video : https://www.facebook.com/menarikdiperlisselatan/videos/vb.1003774816324083/300618780560916/?type=2&theater
_________________________________________________________________________________________________________________________________________
Puan Siti Rohaida Bt Abd Rahim merupakan pemilik dan pengusaha Usahawan Kraf & Aneka. Beliau memulakan perniagaan beliau pada 2012. Bengkel Kraftangan Puan Siti Rohaida terletak di Bintong Perlis, Perlis. Beroperasi pada setiap hari kecuali cuti umum. Terdapat pelbagai jenis kraftangan yang dihasilkan oleh Puan Siti Rohaida. Untuk sebarang makluman & tempahan, beliau boleh di hubungi di talian 012-2544041.