Laporan aktiviti peraduan mewarna menggunakan komputer
3 Mei 2015 | Aktiviti TerkiniPada 2 Mei 2015 telah berlangsung aktiviti 'Peraduan Mewarna Menggunakan Komputer'. Seramai 10 peserta telah menyertai peraduan ini yang terdiri daripada 7 perempuan dan 3 lelaki. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah memberi pendedahan kepada kanak-kanak berumur 8-12 tahun mewarna dan melukis menggunakan perisian 'Paint'. Selain itu,kanak-kanak dapat mempelajari cara-cara melukis dan mewarna dengan menggunakan komputer. Mereka dapat melatih diri melukis dan mewarna dengan perisian 'Paint'. Di akhir peraduan, para peserta diberikan hadiah tidak kira menang atau kalah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: