Laporan aktiviti PI bersama pelajar tadika Kemas Kubang Arang
Minggu ke-4 bulan April 2015 | Aktiviti TerkiniPada minggu ke-4 bulan April, Pusat Internet 1 Malaysia telah menjalankan Program Mewarna Menggunakan Perisan Komputer bersama kanak-kanak iaitu pelajar dari tadika KEMAS yang berdekatan dengan kawasan sekitar PI Pokok Jawi. Program ini dijalankan pada hari Isnin hingga Khamis mengikut jadual yang telah ditetapkan. Seramai 101 orang pelajar yang terdiri daripada 5 buah Tadika KEMAS iaitu dari Tadika KEMAS Kg Abi, Tadika KEMAS Kg Syed Omar, Tadika KEMAS Kg Nesam, Tadika KEMAS Batu 2 dan Tadika KEMAS Kubang Arang. Program ini dijalankan bagi melatih pelajar tadika menggunakan komponen komputer khususnya tetikus untuk mewarna menggunakan perisian komputer. Ia juga merupakan salah satu kurikulum dalam pembelajaran di tadika KEMAS. Di akhir program ini, pelajar dapat mengenalpasti jenis komponen komputer dan fungsinya dengan baik. Ia juga merupakan salah satu praktikal dalam penggunaan komponen komputer. Program ini juga dapat memberi pendedahan kepada pembelajaran berbentuk ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: