Program Melangkah Ke Pusat Internet 1 Malaysia
26 Januari 2015 | Aktiviti Terkini Pada 25 Januari 2015, Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Jawi telah mengadakan Program Melangkah Ke Pusat Internet 1 Malaysia. Program ini telah disertai seramai 19 orang ahli yang berumur 16 tahun ke bawah. Program ini bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari dan diketuai ketua program iaitu Mohd Syahid Bin Zulkipli iaitu Penolong Pengurus Pusat Internet 1 Malaysia.
Program ini dijalankan bagi tujuan memberi taklimat dan pendedahan mengenai Pusat Internet 1 Malaysia, organisasi Pusat Internet 1 Malaysia Pokok Jawi dan panduan penggunaan jalur lebar. Program ini juga bertujuan memberi taklimat tentang penggunan internet secara lebih efektif dan ilmiah. Di akhir program ini dapat dilihat ia dapat memupuk pemikiran kanak-kanak tentang penggunaan internet selain dari bermain game dan sebagainya yang tidak mendatangkan faedah. Selain itu, ia dapat membantu kanak-kanak ke arah penggunaan internet yang mengikut keperluan dan spesifikasi yang telah di tetapkan untuk tujuan pelajaran dan pembelajaran mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: