Laporan Aktiviti PI Bersama Pelajar Tadika Kemas Kubang Arang
15 Mei 2015 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mei 2015 ,Pusat Internet 1 Malaysia telah menjalankan Program Mengenal Huruf Dan Latihan Menaip Huruf ABC menggunakan papan kekunci bersama pelajar dari tadika KEMAS KG NESAM. Program ini dijalankan pada hari Khamis (14 Mei 2015) jam 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang bertempat di TADIKA KEMAS KG KUBANG ARANG. Seramai 17 orang pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini. Program ini dijalankan bagi melatih pelajar tadika menggunakan komponen computer khususnya papan kekunci untuk menaip. Ia juga merupakan salah satu kurikulum dalam pembelajaran di tadika KEMAS. Di akhir program ini, pelajar dapat mengenal pasti jenis komponen computer dan fungsinya denganbaik. Ia juga merupakan salah satu praktikal dalam penggunaan komponen komputer. Program ini juga dapat member pendedahan kepada pembelajaran berbentuk ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: