Microsoft Word: Jadual Bertugas Kelas
25 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2015, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah mengadakan aktiviti Microsoft Word: Jadual Bertugas Kelas. Seramai sembilan orang peserta telah menyertai aktiviti ini yang terdiri daripada tujuh peserta lelaki dan dua peserta perempuan.Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan cara menggunakan Microsoft Office Word dan memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan dokumen sendiri. Para peserta diminta menyenaraikan nama rakan kelas mereka untuk dimasukkan dalam jadual tugas mengikut hari. Selain itu para peserta diberi penerangan tentang ciri-ciri dan fungsi-fungsi butang arahan pada Microsoft Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: