Pendaftaran dan Pengemaskinian Maklumat di Portal PADU

4 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Januari 2024 Jabatan Perangkaan Negeri Perlis dengan kerjasama PEDi Pokok Jawi telah membuka kaunter bagi tujuan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat di Portal PADU.

Pembukaan kaunter ini bertujuan untuk memudahkan komuniti mendaftar dan mengemaskini maklumat mereka di portal tersebut. Seramai 4 orang petugas dari Jabatan Perangkaan ditugaskan pada hari tersebut.

Pembukaan kaunter di PEDi pada hari tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat.

Jadual kaunter pendaftaran dan pengemaskinian maklumat di Portal PADU di PEDi Pokok Jawi sepanjang bulan Januari adalah seperti berikut:- 3,7,8,13,14,15,16,17,18,19,24,27 & 29/01/2024.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali