Program Jom Membaca 2024 @ Sekolah Kebangsaan Abi

24 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 23 April 2024, telah berlangsung Program Jom Membaca 2024 @ Sekolah Kebangsaan Abi. Program ini bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 11.45 pagi. Pihak NADI Pokok Jawi dijemput untuk memberikan perkongsian berkenaan Klik Dengan Bijak kepada pelajar. Antara tajuk yang dikongsi bersama pelajar ialah Cyberbully dan Maklumat Palsu.

Dengan adanya program seperti ini ianya dapat memberi manfaat dan pendedahan kepada pelajar berkaitan jenayah dan ancaman siber pada masa kini. Pelajar juga dapat mempersiapkan diri mereka bagi menghadapi perkara tersebut. Selain itu, program ini juga dapat merapatkan hubungan NADI dengan pihak sekolah dan dapat mewujudkan kerjasama di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali