Program MIV-IHE Anjuran MCMC Negeri Perlis Dengan Kerjasama UiTM Kampus Arau

18 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Jun 2023 bertempat di PEDi Pokok Jawi telah diadakan Program MIV-IHE anjuran MCMC Negeri Perlis dengan kerjasama UiTM Kampus Arau. Program ini memberi tumpuan kepada peningkatan celik digital dalam kalangan komuniti dengan berkongsi perkara-perkara yang baik di media sosial melalui inisiatif/modul Klik Dengan Bijak.

Program bertujuan untuk memberi latihan kepada komuniti berkaitan Aplikasi ChatGPT dan Bing Ai. Program ini dibuka kepada komuniti sekitar berumur 16 tahun keatas. Melalui kelas ini, peserta yang terlibat dapat mempelajari cara menggunakan aplikasi tersebut dalam memudahkan urusan harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali