Program Kajian Keperluan Pengguna dan Penilaian Impak Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

11 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai 2023 bertempat di PEDi Pokok Jawi telah diadakan Program Kajian Keperluan Pengguna dan Penilaian Impak PEDi oleh pihak Merdeka Canter. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengumpul maklum balas dari komuniti berdasarkan pengalaman sebagai pengguna dan peserta program yang dianjurkan oleh PEDi. Maklum balas ini akan membantu pihak SKMM mengenal pasti kekuatan, peluang dan bidang yang perlu ditingkatkan, bagi memastikan PEDi dapat menawarkan perkhidmatan berkesan kepada komuniti. Program ini berlangsung selama 2 hari melibatkan seramai 40 orang peserta kaji selidik sekitar PEDi Pokok Jawi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali