Program SSM BizStart 2023

31 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Oktober 2023 PEDi Pokok Jawi dan komuniti setempat telah dijemput untuk menghadiri satu Program SSM BizStart yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Program tersebut telah diadakan secara maya menerusi platform Microsoft Teams (Ms Teams) dan dikendalikan oleh Eksekutif dari Seksyen Operasi,SSM.

Objektif program tersebut adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan Pendaftaran Perniagaan. Antara topik yang dikongsikan adalah berkaitan pengenalan dan fungsi SSM, jenis-jenis entiti perniagaan, SSM BizTrust, produk SSM, tutorial pendaftaran serta pengaktifan ID pengguna di EzBiz Online.

Pihak SSM juga turut berkongsi maklumat berkaitan rancangan perniagaan dan pengurusan kewangan kepada peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali