Bengkel MIV Bersama Komuniti
16 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pokok Jawi telah mengambil bahagian dalam Bengkel MIV Bersama Komuniti yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Perlis. Bengkel ini diadakan di Dewan Seroja, Hotel Seri Malaysia.Tujuan bengkel ini diadakan bertujuan untuk mengajak komuniti bersama-sama menyampaikan maklumat yang tepat kepada penduduk sekitar. Disamping itu juga bengkel ini mengajar para sukaralawan cara pemasaran menggunakan media sosial, pembayaran menggunakan kaedah e- bayaran serta teknik penggunaan telefon pintar untuk fotografi, videografi dan aplikasi penyuntingan. Bengkel berakhir pada jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: