Sesi Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatian (SPPP)

24 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) negeri Perlis telah dijemput untuk menghadiri satu sesi Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Skim ini mensasarkan peniagai-peniaga kecil, peniaga atas talian peniaga secara jualan langsung dan pelajar IPT untuk mendaftarkan perniagaan mereka.

Dalam taklimat ini pihak SSM memberi panduan kepada peserta cara untuk mendaftarkan pernmiagaan mereka secara atas talian. Turut dinyatakan syarat-syarat permohonan bagi pendaftaran perniagaan dan juga kadar Fi yang dikenakan bagi pendaftaran baru, pembaharuan dan pembelian maklumat perniagaan.

Pihak SSM turut mensasarkan sebanyak 180,000 golongan usahawan dikalangan golongan B40 dan pelajar IPT dapat didaftarkan melalui skim insentif tersebut. EzBiz adalah sistem perkhidmatan bagi pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk melakukan pendaftaran perniagaan baru, pendaftaran perubahan maklumat perniagaan, pembaharuan perakuan pendaftaran dan penamatan perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali