Program Jelajah Jendela K-KOMM Dan MCMC

24 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 April 2022 telah berlangsungnya Majlis Iftar Bersama YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Hj Musa, YBM K-KOMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) & AP Ketereh, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Tim Menteri K-KOMM & MP Pdg Besar, YB Dato Seri Shahidan Kassim, YBM WP & MP Arau, YBhg. Dato' Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), MCMC dan semua jemputan khas YBM di Regency Hotel, Kangar.

K-KOMM dan MCMC melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dirangka untuk memberi liputan yang lebih baik untuk rakyat, dan ssebagai langkah siap siaga negara untuk beralih kepada teknologi 5G.

Taklimat ringkas mengenai pelbagai inisiatif yang bakal dilaksanakan bagi meningkatkan tahap capaian komunikasi yang lebih baik di negeri ini telah disampaikan oleh En Mohd Fitri Hashim, Pengarah MCMC Perlis

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali