Program Usahawan Digital bersama GiatMara Kangar
12 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 10 dan 11 Oktober 2020: Giat Mara Kangar telah menjemput Pusat Internet untuk berkongsi ilmu mengenai Pemasaran Digital bersama para usahawan mereka. Program ini diadakan di Dewan GiatMara Arau. Program bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta untuk menggunakan platform media sosial bagi tujuan pemasaran produk secara atas talian.
Antara modul yang di ajar sepanjang program adalah Fotografi Produk, Graphic Design, Penghasilan Facebook Page dan copywriting untuk dimuat naik ke dalam Facebook Page. Selepas program ini setiap peserta akan mempunyai Facebook Page perniagaan masing-masing. Selain itu, peserta juga dapat belajar menggunakan internet untuk mencari maklumat dan cara memasarkan produk mereka menggunakan Facebook Page dengan bimbingan staff Pusat Internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: