Aktiviti Pembelajaran & Ulangkaji Matapelajaran Tahap 1 Sekolah Rendah

26 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Jun 2020, pihak pengurusan Pusat Internet Pokok Jawi telah mengadakan aktiviti pembelajaran & ulangkaji matapelajaran bagi murid Tahap 1 sekolah rendah. Aktiviti ini diadakan di Pusat Internet Pokok Jawi dengan bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk datang ke Pusat Internet bagi menyiapkan tugasan sekolah mereka dalam tempoh PKPP ini. Aktiviti yang berlangsung selama 1 jam bagi setiap matapelajaran mampu untuk membantu murid untuk lebih memahami subjek yang diajarkan.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menarik ramai pelajar untuk datang ke Pusat Internet dan mengunakan kemudahan yang disediakan bagi menyiapkan tugasan sekolah dalam tempoh PKPP.Pihak pengurusan Pusat Internet juga turut membantu murid untuk lebih memahami setiap tugasan yang diberikan Cikgu

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali