Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Surau 2019

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2019 : Telah berlangsung Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Surau bertemmpat di Perkarangan Pusat Internet Kampung Surau. Program ini di jalankan adalah bertujuan bagi mendekatkan lagi staf Pusat Internet dengan komuniti setempat. Disamping itu juga program ini bertuuan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim bersama penduduk sekitar dan juga Ahli Jawatankuasa Setempat. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti Penerangan Keselamatan Internet, Mewarna, Sukaneka dan pelbagai lagi.

Selain itu, Pusat Internet mengambil peluang memberi pendedahan ibubapa tentang kesedaran dan tanggungjawab di media sosial mengenai kebaikan dan keburukan yangperlu diambil tahu oleh masyarakat, tambahan memberitahu tentang aktiviti terkini pihak Pusat Internet anjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali