Program Keusahawanan ICT Giat Mara Padang Besar (Jahitan)

28 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Ogos 2019, pihak Pusat Internet Pokok Jawi dan Pusat Internet Tambun Tulang telah mengadakan Program Keusahawanan ICT Giat Mara Padang Besar bagi Kursus Jahitan. Program yang diadakan di Pusat Internet RPA Arau disertai oleh 17 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari tersebut adalah mengenai penggunaan facebook dan ‘online marketing’ dalam mempromosikan perniagaan. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia ada dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan pusat internet kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali