Program Hari Keluarga dan Majlis Akhir Tahun Tabika Kemas Kg. Nesam

22 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 November 2019 telah berlangsung Program Hari Keluarga dan Majlis Akhir Tahun Tabika Kemas Kg. Nesam dengan kerjasama Pusat Internet Pokok Jawi dan Pusat Internet Padang Besar Selatan. Tujuan program ini dijalankan bertujuan untuk mendekatkan lagi staf Pusat Internet dan warga kerja TAbika Kemas KG. Nesam serta komuniti setempat. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti mencanting batik, tautan kasih dan lambung kasih yang dilihat mampu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara peserta.

Dalam pada itu, program ini dijalankan bersempena Majlis Akhir Tahun untuk meraikan para pelajar yang telah menamatkan pelajaran di Tabika Kemas Kg. Nesam pada tahun ini. Justeru itu,PI mengambil peluang memberi pendedahan ibubapa tentang kesedaran dan tanggungjawab di media sosial mengenai kebaikan dan keburukan yang perlu diambil tahu oleh masyarakat disamping memberitahu tentang aktiviti terkini dan perancangan pada masa hadapan yang akan Pusat Internet anjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali