eKelas Math & Sains (Ting 2-Ting 1)

21 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2019, telah berlangsung tuisyen eKelas subjek Matematik & Sains (Penilaian). Program ini diadakan di Pusat Internet Pokok Jawi. Program ini berlangsung bermula jam 2.00 petang sehingga 6.00 petang. Program eKelas pada kali ini disertai pelajar Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5.

Sesi eKelas kali ini adalah sesi ulangkaji matapelajaran Sains dan Matematik dengan bimbingan guru secara ‘ live tutorial’ bagi menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Program eKelas adalah mengenai kebolehan teknologi pengajaran, pembelajaran jarak jauh yang membuatkan pelajar berasa seronok, memberangsangkan dan memberikan idea tambahan, dilakukan melalui kandungan digital yang sangat interaktif, selaras dengan sukatan pelajaran sekolah di Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali