Hari Terbuka Pusat Internet RPA Arau

03 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 02 September 2018: telah berlangsung Hari Terbuka Pusat Internet RPA Arau. Program ini di jalankan adalah bertujuan bagi mendekatkan lagi staf Pusat Internet dengan komuniti setempat. Disamping itu juga program ini bertuuan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim bersama penduduk sekitar dan juga Ahli Jawatankuasa Setempat.

Banyak aktiviti yang dijalankan seperti Game Kahoot, Cari Benda Sembunyi, Breaking Kod, Petandingan Kerabu dan pelbagai lagi. Selain itu ,PI mengambil peluang memberi pendedahan ibubapa tentang kesedaran dan tanggungjawab di media sosial mengenai kebaikan dan keburukan yangperlu diambil tahu oleh masyarakat, tambahan memberitahu tentang aktiviti terkini pihak Pusat Internet anjurkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali