Bengkel Usahawan Siri 5 (Pelajar Kursus Teknologi Cat Giat Mara Arau)

19 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Mei 2018, telah berlangsung Bengkel Usahawan Siri 5 bersama Pelajar Kursus Teknologi Cat Giat Mara Arau. Program ini diadakan di PI Rpa Arau. Program ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Program ini di jalankan adalah bertujuan bagi mendedahkan kepada para pelajar tentang keselamatan ICT dan menjalankan perniagaan atas talian (Online Business).

Para peserta didedahkan dengan cara menjalankan perniagaan online dan memasarkan produk mereka di platform media social seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan PI dengan komuniti, dapat memperkenalkan PI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang PI sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali