Lawatan Usahawan (Ebias Repoh)

19 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2018 telah berlangsung Program mempromosi usahawan dibawah team MDPS ke Ebias Repoh. Program berlangsung di Ebias Repoh , Kangar Perlis. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 2.00 petang. Sepanjang lawatan ini kami dapat mempelajari cara dan informasi berkenaan selok-belok berkaitan pengurusan Ebias Repoh dari segi pemasaran dan servis, disamping menimba sedikit idea dari pengusaha. Bagi pihak MDPS kami berharap langkah mempromosi usahawan ini dapat membantu perniagaan usahawan terbabit berkembang ke suatu tahap yang membanggakan.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan Pi dengan komuniti, dapat memperkenalkan Pi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang Pi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat membantu ushawan mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali