Lawatan Usahawan (Ebias Food)
12 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2018 telah berlangsung Program mempromosi usahawan dibawah team MDPS ke Ebias Food. Program berlangsung di Ebias Food , Kangar Perlis. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 2.00 petang. Sepanjang lawatan ini kami dapat mempelajari cara dan informasi berkenaan selok-belok berkaitan pengurusan Ebias Food dari segi pemasaran dan servis, disamping menimba sedikit idea dari pengusaha. Bagi pihak MDPS kami berharap langkah mempromosi usahawan ini dapat membantu perniagaan usahawan terbabit berkembang ke suatu tahap yang membanggakan.
Video dan post berkaitan usahawan ini telah di kongsi melalui page Menarik Di Perlis Selatan yang dikendalikan oleh team Pusat Internet Maxis Perlis. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan Pi dengan komuniti, dapat memperkenalkan Pi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang Pi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat membantu ushawan mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: