Bengkel eRezeki & Advokasi GM ARAU
8 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Disember 2018 Bengkel eRezeki & Advokasi GM ARAU telah dijalankan pada jam 9.00 pagi hingga 1.00 Tengah Hari bertempat di Pi Pokok Jawi. Kelas ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta tentang asas ilmu ICT bagaimana untuk mencari pendapatan sampingan dengan menggunakan platfom-platform eRezeki. Sepanjang kelas tersebut para pelajar Giatmara didedahkan dengan penggunaan ICT yang terkini.
Program eRezeki adalah satu program yang dijalankan oleh MDEC dan kerajaan sebagai satu usaha untuk membantu rakyat. Program telah dilancarkan pada tahun 2015 dengan matlamat untuk memberi pendedahan terhadap keusahawanan digital dalam kalangan belia Malaysia dan para usahawan mikro Perusahaan Kecil dan Sederhana.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: