Bengkel E-Rezeki Siri 6/2018

06 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Ogos 2018, telah berlangsung Bengkel E-Rezeki siri 7/2018 bersama komuniti sekitar. Program ini diadakan Pusat Internet Pokok Jawi. Program ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Program ini di jalankan adalah bertujuan bagi mendedahkan kepada komuniti tentang keselamatan ICT dan menjana pendapatan secara digital.

Program ini juga adalah salah satu inisiatif digital yang menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan secara digital dimana individu tu akan buat kerja secara digital. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan Pi dengan komuniti, dapat memperkenalkan Pi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang Pi sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali