Pendaftaran ekelas & Advokasi KDB @ SMK Abi

15 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2018, telah berlangsung Pendaftaran ekelas & Advokasi KDB @ SMK Abi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abi. Program eKelas adalah mengenai kebolehan teknologi pengajaran, pembelajaran jarak jauh yang membuatkan pelajar berasa seronok, memberangsangkan dan memberikan idea tambahan, dilakukan melalui kandungan digital yang sangat interaktif, selaras dengan sukatan pelajaran sekolah di Malaysia.

Program eKelas tersebut memberi tumpuan kepada tiga subjek kritikal iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 1, 2 dan 3. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan Pi1M dengan komuniti, dapat memperkenalkan Pi dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang Pi sediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali