Pameran Hari Anugerah Cemerlang SMK Syed Saffi 2018

20 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 18 & 19April 2018, telah berlangsung Pameran Hari Anugerah Cemerlang SMK Syed Saffi 2018. Program ini diadakan di SMK Syed Saffi Simpang Empat Perlis. Program ini berlangsung selama 2 hari bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program ini telah disertai oleh agensi-agensi kerajaan termasuklah Kluster PI Perlis. Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan seperti E-waste, WordSearch, Crosword, Tuju-tuju KDB, Click Hunter, dan lain-lain.

Aktiviti seperti ini dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran. Menyediakan kepelbagaian aktiviti dan pertandingan menarik semasa program ini berlangsung dapat menarik minat komuniti dari pelbagai peringkat umur, dan sedikit sebanyak dapat memberi maklumat tentang etika dan langkah keselamatan ketika melayari laman sesawang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali