Kelas Kreativiti 2017
05 June 2017 | Aktiviti Terkini4 June 2017 – Kelas kreativiti telah dijalankan pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang bertempat di PI Pokok Jawi. Kelas ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar menghasilkan hasil kerja menggunakan kreativiti tersendiri (DIY). Memberi pendedahan kepada peserta tentang benda yang dapat dihasilkan menggunakan kreativiti sendiri. Selain itu, aktiviti ini dapat melatih para peserta berfikir dengan kreatif dan inovatif. Para pelajar dikehendaki untuk menghasilkan hiasan “fringe” menggunakan kertas crepe dimana hiasan ini boleh digunakan untuk menhiaskan dan menceriakan Pusat Internet 1 Malaysia. Seramai 10 orang pelajar terlibat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: